Assalamualaikum Cinta

Our Story Asfezan.

~Kisah yang terjalin diantara aku dan kamu yang tercipta pada tanggal 1 Januari 2014 iaitu pada malam tahun baru, ucapan 'Kalau saya nak simpan awak dalam hati saya boleh?' meniti dibibir saat kau kata kau suka aku.

Aku pun suka kau tanpa aku sedar dan tanpa aku paksa diri aku untuk menerima kau di dalam hidup aku saat hati ku kecewa dengan cinta lama. Diam-diam telah ku jatuh cinta,mata terpandang hati terpukau,dengan kata-kata ungkapan Cinta.

Perkenalan kali pertama di muka buku yang tak menghasil sebarang perasaan antara kita menjadikan kita menjauh. tetapi perkenalan di Wechat membuahkan satu rasa cinta dan sayang yang sukar untuk di ungkapkan

Di keheningan malam yang panjang,
Mata ku mata mu bertentangan,
Terjalin semangat yang membuka rasa di jiwa.
Dengan getaran rasa kau bisikan,
Ungkapan kata mu bernafas cinta,
Indahnya debaran saat pertama bersua.

Comment Stream