Cara Hidup Masyarakat Majmuk Malaysia

Projek 1: Permainan Tradisional Malaysia

Permainan tradisi di atas semakin pupus pada masa zaman sekarang. Kaji selidik permainan tradisi Melayu menggunakan pautan URL di bawah.

Kerja Projek: Kaji Selidik Permainan Tradisi Malaysia dan sediakan satu persembahan media.

Projek 2: Hikayat Melayu Asli

Cerita dan hikayat tradisi Melayu seperti Pak Pandir, Lebai Malang, Sang Kancil, Puteri Gunung Ledang dan Singapura Dilanda Todak akan menjadi subjek projek ini.

Pilih dua daripada cerita di atas untuk projek kamu. Kamu hendaklah menyediakan presentasi menggunakan media untuk mengutarakan pendapat kamu tentang cerita yang dipilih.

Projek 3: Kaji Selidik Kraftangan tradisional Malaysia

Kraftangan tradisi Malaysia selalunya mempunyai fungsi yang praktik seperti perangkap, tekstil, bakul, tempat simpanan barang atau air, seni ukir, alat perhiasan dan senjata. Namun begitu, tradisi ini semakin lenyap ditelan zaman dan cara hidup zaman sekarang.

Wau Bulan selalunya dibuat oleh ahli seni berbulan-bulan sebelum pertandingan wau di Kelantan. Walau bagaimanapun seni membuat wau ini juga semakin pupus ditenggelami zaman.

Kaji selidik sekurang-kurangnya 5 alat, perkakas, alat muzik atau seni tradisi. Hasilkan satu persembahan media tentang subjek kamu.

Comment Stream

2 years ago
0

Bagus Cegu Sheila

2 years ago
0

Saya terpegun dengan bahasa Cik Vip! Sungguh mahir ya?😊