Nilai Daya Tahan.

Jelaskan bagaimana gambar ini mengajar nilai daya tahan?

-Gambar ini mengajar nilai daya tahan kerana gambar tersebut sedang menunjukkan seseorang yang menarik keranjang yang membawa beg-beg guni yang mengandungi barang-barang yang tentunya berat. Seseorang lagi memegang guni-guni tersebut untuk memastikan ia tidak jatuh. Gambar ini menunjukkan nilai tersebut kerana beg-beg guni itu tentunya berat untuk ditarik, disorong. Mereka tetap meneruskan perjalanan mereka ke destinasi tertentu walau seberat manapun guni-guni tersebut. Menerus untuk menarik keranjang berat itu ke destinasi itulah menunjukkan nilai daya tahan.

Adakah kamu akan menunjukkan nilai yang sama? Mengapa?

-Saya akan menunjukkan nilai yang sama iaitu daya tahan, kecekalan. Nilai tersebut boleh membuat saya melakukan sesuatu benda dengan sedaya-upaya, gigih. Ia penting untuk saya memaparkan nilai ini kerana daya tahan menguji diri kita untuk teruskan dengan apa yang kita lakukan. Jika saya tidak memaparkan sikap daya tahan, saya akan gagal dengan apa yang saya mahu lakukan pada masa hadapan.

Mengapakah nilai daya tahan penting dalam kehidupan?

-Daya tahan penting dalam kehidupan kerana kalau kita tidak bertahan dalam situasi susah, kita akan gagal untuk melakukan benda tersebut. Tanpa daya tahan, ia memaparkan diri kita sebagai lemah untuk menerima cabaran. Kerana itulah daya tahan penting dalam hidup kerana kita dapat bertahan, bersabar untuk meneruskan perjuangan atau benda yang kita lakukan supaya dapat hasil, keputusan yang baik.

Berikan situasi yang memerlukan kamu bersifat daya tahan.

-Belajar bersungguh-sungg untuk kertas ujian atau peperiksaan yang akan menjelang. Membaca nota-nota yang diberikan, menghafal juga memerlukan kesabaran, daya tahan kerana ia mengambil masa untuk kita dapat menyempurnakan apa yang kita telah pelajari.

Comment Stream

2 years ago
1

Gambar yang dipilh amat sesuai dengan nilainya kerana dia tidak menyerah walaupun beg guni dia bawa sangat berat. Nilai lain yang saya boleh gunakan dengan gambar ini ialah tanggungjawab kerana dia tidak meninggalkan tugasnya dan terus tabah.

2 years ago
0

Gambar yang dipilih sesuau dengan nilai daya tahan.Nilai yang saya boleh pelajari dari gamabar ini adalah bertanggngjawab kerana lelaki itu tidak menyerahkan tugas nya walaupun beg yang diangkutnya amat berat.

2 years ago
0
2 years ago
0

gambar yang dipilih amat sesuai, nilai yang boleh dipelajari daripada gambar tersebut ialah hormat

2 years ago
0