sejarah penemuan jam


Terfikir tak kamu semua di sini bagaimana orang dahulu menemukan waktu? Baiklah! Penunjuk jam mendapat pemajuan dari masa ke masa, dari awal ia ditemukan hingga sekarang. Didengar bahawa penunjuk jam telah digunakan pada abad ke-14 sekitar 700 tahun yang lalu. Perkataan "clock" dahulu berasal dari bahasa latin iaitu ‘clocca'. Menurut catatan sejarah, jam matahari merupakan jam tertua dalam peradaban manusia. Jam ini telah dikenali sejak tahun 3500 SM. Pembuatan jam matahari di dunia Islam ini dilakukan oleh Ibnu al-Shatir, seorang ahli Astronomi Muslim (1304 – 1375 M). Jam ini menunjukan waktu berdasarkan letaknya matahari, dengan cara menggunakan bayangan yang menimpa permukaan rata. Contoh adalah seperti permukaan air laut yang boleh mencerminkan sinaran matahari. Ibnu al-Shatir membahagikan waktu dalam sehari dengan 12 jam. Pada musim dingin, waktunya singkat. Sedangkan pada musim panas, waktunya lebih panjang. (DISUNTING SENDIRI)

Siapakah pencipta jam pertama?

Jam telah dicipta pada tahun 1504. Peter Henlein telah membangunkan jam mudah alih (jam yang boleh bergerak). Ia juga mudah untuk digunakan oleh pengguna tersebut untuk mengetahui keberkesanan dan keupayaan jam yang boleh memberitahu masa yang tepat. Pada lewat abad ke-19, Patek Philippe mengkreditkan dengan ciptaan pertamanya, iaitu seutas jam tangan. Dia telah mereka seutas jam tangan hasil dari idea memerhatikan aksesori wanita-wanita selalu diguna seperti rantai ditangan. Kemudian, Louie Cartier mencipta seutas jam tangan untuk kaum lelaki dalam awal abad ke-20. (DISUNTING SENDIRI)

JAM- JAM LAMA:

Saiz jam ketika itu?
Saiz ukurannya lebih kurang 4-5 inci lebar dan kira-kira 3 inci tebal. Berbeza dengan sekarang ini, macam-macam jenis dan bentuk ada. Yang kecil dari 3 inci pun ada. Jam di handphone pun sudah ada.

Ada tak jam yang moden sekarang?

Ya, dunia kini sudah ada pelbagai jam unik. Sekarang, ramai orang memakai dan membeli jam moden dan ada yang berdigital! Banyakkan fungsi- fungsi dan jenis-jenia jam moden inikan?

JAM-JAM MODEN:

Sekarang, kemudahan sudah ada untuk kita, manusia. Tidak perlulah kami melihat matahari untuk menentukan masa lagi. Sejarah tetap sejarah. Apa yang kami ada sekarang adalah sesuatu kita perlu bersyukur kerana seseorang membangunkan jam untuk kemudahan kita.

-sekian terima kasih-