Daya Tahan

Jelaskan bagaimana gambar ini mengajar nilai daya tahan?

Gambar ini menunjukkan nilai daya tahan , kerana pendaki-pendaki gunung itu tidak berputus asa mendaki gunung yang amat tinggi itu dengan perjalanan yang amat jauh. Walaupun keadaan itu amat rumit , mereka tidak berputus asa untuk menghabiskan perjalanan mereka ke puncak gunung.

Adakah kamu akan menunjukkan nilai yang sama? Mengapa?

Ya, saya akan mununjukkan nilai yang sama dalam mana-mana situasi seperti kerja sekolah, aktiviti ko-kurikulum dan sebagainya, yang memerlukan nilai penting ini. Sebabnya adalah, tanpa nilai ini kita tidak merasakan kemenangan dan bangga pada diri sendiri kerana jika kita tidak berputus asa, kita akan rasa bahagia dan teruja kerana kerja keras itu datang dari diri kita sendiri.

Mengapakah nilai daya tahan penting dalam kehidupan?

Nilai ini penting kerana, tanpanya kita tidak akan kemana dan tidak dapat merasakan kejayaan. Nilai ini dapat mendorong kita untuk membuat lebih baik. Tanpa nilai ini juga, semuanya akan terbengkalai dan kita tidak akan mencuba untuk membuat lebih baik lagi.

Situasi yang pertama adalah, ketika aktiviti ko-kurikulum, berdiri di bawah matahari yang amat terik dan tidak berputus asa dengan bertahan sedaya upaya , kerana jika saya berputus asa, saya akan mengecewakan pasukan saya.

Bahan-bahan rujukan :')

- www.google.com.sg

Terima Kasih :3

Berikan 1 situasi yang memerlukan kamu bersifat daya tahan.

Comment Stream

2 years ago
0

gambar yang awak pilih sesuai dengan nilai yang dipilih.Nilai yang lain boleh kita pelajari adalah berkerjasama

2 years ago
0