Jelaskan bagaimana gambar ini mengajar nilai daya tahan?

Gambar ini menunjukkan beberapa tumbuhan yang berjaya untuk hidup dan membesar semasa musim kemarau. Sewaktu musim kemarau, tumbuhan-tumbuhan mendapati kesukaran untuk membesar kerana air yang semakin kering dan tanah yang tidak sesuai untuk pertumbuhan pokok. Walau bagaimanapun, tumbuhan-tumbuhan ini berjaya untuk mengharungi masa sukar dan tumbuh sihat. Ini menunjukkan bahawa kita tidak boleh berputus asa semasa menghadapi waktu sukar kerana apa yang tidak membunuh kita, membuatkan kita lebih kuat.

Adakah kamu akan menunjukkan nilai yang sama? Mengapa?

Saya sudah tentu akan menunjukkan nilai yang sama. Jika saya berputus asa dan tidak mahu mengharungi cabaran kerana ia terlalu susah, saya tidak akan belajar untuk mengenal kehidupan. Dalam kehidupan, ada kalanya senang dan ada kalanya susah. Jika saya lari dari masalah dan kesusahan, masalah itu tidak akan selesai.

Mengapakah nilai daya tahan penting dalam kehidupan?

Kita perlu semadikan nilai daya tahan di dalam diri kita. Jika tidak, kita akan berputus asa dan lepas tangan akan masalah yang dihadapi. Dalam kehidupan, tidak ada kesenangan sahaja. Kita harus mengharungi detik-detik kesukaran dengan tabah. Dengan ini, kita akan belajar untuk menerima kehidupan dan bersabar.

Berikan satu situasi yang memerlukan kamu bersifat daya tahan?

Pertama, saya mendapati kesukaran untuk memahami subjek Matematik. Setiap kali peperiksaan Matematik, saya akan gagal. Lama kelamaan, saya akan berasa putus asa. Walau bagaimanapun, jika saya cekalkan hati dan menelaah pelajaran setiap hari dengan berkesan, saya akan lulus peperiksaan Matematik.

Comment Stream

2 years ago
0

Gambar yang dipilih itu sesuai dengan nilainya kerana tumbuh-tumbuhan tersebut itu masih kecil dan rendah. Ia mempunyai makna yang mendalam dan menunjukkan sifat daya tahan kerana kita perlu bersabar dan berdaya tahan untuk menunggu tumbuh-tumbuhan tersebut untuk berkembang, tumbuh dengan besar, tinggi. Nilai tanggungjawab juga boleh digunakan kerana, untuk tumbuh-tumbuhan ini menumbuh, kita perlu bertanggungjawab dengan memberi keperluan tumbuh-tumbuhan itu seperti air agar ia menumbuh.

2 years ago
0
2 years ago
0

gambar ini sesuai dengan nilainya. Nilai lain yang boleh digunakakn ialah hormat persekitaran