SEJARAH CIPTAAN GUNTING

Siapa yang mencipta GUNTING?

Ahli pakar telah membuktikan bahawa gunting telah dicipta oleh orang Mesir pada tahun 1500 BC. Gunting tertua yang dijumpai di Mesir diperbuat daripada besi gangsa dan berbentuk bulat di sebelah hujung gunting. Bentuk itu kemudian diubah suai oleh orang Rome menjadi bentuk gunting seperti mana yang kita kenali sekarang.

GUNTING zaman dahulu

Siapa yang memperkenalkan GUNTING kepada dunia?

Bagaimana GUNTING dihasilkan sekarang?

Gunting kurang digunakan kerana besi gangsa adalah besi yang mahal dan sukar didapati. Sebelum ini, ia lebih digunakan oleh orang-orang berkedudukan sahaja.

Pada tahun 1761, seorang usahawan dari London yang bernama Robert Hinchliffe telah berjaya menghasilkan gunting menggunakan keluli (steel). Beliau kemudiannya menghasilkan banyak gunting-gunting dan dijualnya dengan harga yang murah. Sejak itu, sesiapa sahaja boleh membeli dan menggunakan gunting.

Hari ini, gunting dihasilkan di kilang-kilang khas. Beribu-ribu gunting dihasilkan setiap tahun untuk memenuhi permintaan daripada masyarakat. Penghasilan gunting menjadi lebih senang pada zaman ini dengan bantuan daripada mesi-mesin khas. Video di bawah akan memberikan lebih penerangan tentang penghasilan gunting di kilang.

GUNTING seperti mana yang kita kenali sekarang

Sekarang, setiap orang pasti pernah menggunakan gunting. Malahan gunting telah digunakan di sekolah-sekolah sebagai salah satu alat yang diperlukan. Gunting boleh didapati dalam pelbagai warna, saiz dan bentuk. Harganya juga sangat murah dan berpatutan.

Bahan-bahan rujukan