Keajaiban Dunia - Taj Mahal


Di manakah letaknya Taj Mahal?

Taj Mahal dibina di Agra, India.

Bilakah Taj Mahal ini dibina?

Taj Mahal mula dibina pada tahun 1632 dan selesai pada tahun 1648. Ia mengambil masa 16 tahun untuk dibina.

Siapakah yang membina Taj Mahal ini?

Sultan India pada ketika itu, Shah Jahan yang membina Taj Mahal.

Bagaimana keajaiban dunia ini dibina?

Taj Mahal ini dibina dengan menggunakan orang-orang India pada ketika itu. Mereka tidak menggunakan mesin tetapi hanya menggunakan tangan mereka. Bahan-bahan yang digunakan termasuk batu granit.

Mengapa Taj Mahal ini dibina?

Taj Mahal dibina kerana Sultan Shah kecewa dengan peninggalan permaisurinya, Mumtaz Mahal. Ia dibina dan dinamakan sempena nama isterinya itu.

Mengapa anda memilih keajaiban dunia ini?

Saya memilih Taj Mahal kerana saya sangat kagum dengan perasaan cinta Sultan Shah sehinggakan sanggup membina sebuah istana yang sangat indah walaupun ia mengambil masa yang agak panjang untuk disiapkan.

Sehingga ini, Taj Mahal masih dianggap sebagai lambang cinta yang abadi.

Comment Stream

2 years ago
0

Tackk yang amat menarik! Sekarang saya tahu tentang Taj Mahal di India.