Jelaskan bagaimana gambar ini mengajar nilai bertanggung jawab?

Gambar ini menunjukkan seorang lelaki yang sedang memegang tangan Ibunya .Dan ini menunjukkan nilai bertanggung jawab kerana lelaki itu itu mengambil berat tentang ibunya dan dia tidak malu memegang tangan ibunya di depan orang ramai.Lelaki itu memegang tangan ibunya mungkin kerana ibunya tidak kuat berjalan ataupun kakinya sakit .Dia melaksanakan tanggung jawab sebagai seorang anak kerana dia menjaga keselamatan ibunya.

Adakah kamu akan menunjukkan nilai yang sama? Mengapa?

Saya akan menunjukkan nilai yang sama pada masa hadapan  kerana saya juga mempunyai tanggung jawab terhadap ibu saya dan ia akan dijadikan contoh kepada adik-adik saya untuk menjadi seseorang yang bertanggung jawab di masa yang akan datang.

Mengapakah nilai bertanggung jawab penting dalam kehidupan?

Nilai bertanggung jawab amat penting kerana tanpa nilai ini ,kita tidak akan mengambil peduli tentang pekara yang harus kita buat dan kita akan mengulangi pekara yang tidak sepatutnya kita buat kerana tiada tanggung jawab yang diperlukan.

Berikan satu situasi yang memerlukan kamu bersifat tanggung jawab?

Contohnya: tanggung jawab kita  sebagai seorang murid adalah pergi ke sekolah dan belajar.Menghabiskan tugasan sekolah dan hantar pada waktu yang ditetapkan