Nilai kecekalan.

Jelaskan bagaimana video tersebut mengajar kamu nilai kecekalan.

Pelari itu tidak berputus asa untuk berlari walaupun dia cedera.Dia tetap berusaha untuk menghabiskan perlarian itu walaupun dalam keadaan begitu dan ia adalah satu perkara yang sangat berinspirasi.

Jika kamu watak dalam video tersebut,apakah kamu akan menunjukkan nilai yang sama?mengapa?

Saya akan menunjukkan nilai yang sama kerana saya ingin dapatkan pingat itu dan ia adalah sebuah perlarian Olimpik.Saya akan menghabiskan perlarian itu kerana tidak mahu orang yang menyokong saya untuk datang dan melihat saya berputus asa.

Mengapaka nilai cekal penting dalam kehidupan?

Nilai cekal penting dalam kehidupan kerana kita harus tetap mencuba membuat suatu perkara itu sehingga berjaya kerana kita tidak akan tahu apa hasilnya jika tidak mencuba.Nilai cekal penting juga kerana kita akan dapat pelajari sesuatu setelah mencuba membuat perkara tersebut sehingga berjaya.

Berikan dua sifat yang memerlukan kamu bersifat cekal.Berikan penjelasan yang terang berkenaanya.

1.Apabila kita tidak tahu membuat sebuah soalan dari kertas peperiksaan.

-Kita harus tetap bersifat cekal kerana kita harus menghabiskan kertas itu dan kita tidak mahu menghilang markah kerana berputus asa.Kita harus tetap berfikir     bagaimana untuk membuat soalan itu dan cuba untuk menghabiskannya.

2.Apabila kita berasa penat semasa berlari perlarian NAPFA 2.4km.

-Kita harus tetap bersifat cekal untuk menghabiskan perlarian tersebut kerana walau apa pun kita tetap harus menghabiskan perlarian itu.Kita harus jangan putus asa dan terus berlar walaupun kita lambat.

Terima kasih :-)