Nilai Kecekalan.

Jelaskan bagaimana video tersebut mengajar kamu nilai kecekalan.

-Video tersebut mengajarkan kita erti kecekalan, ketabahan, kesabaran walaupun dihimpit kehidupan yang susah, miskin. Namun, budak lelaki itu tetap cekal hati untuk meneruskan pelajaran walaupun terpaksa menempuh pelbagai dugaan, kemiskinan dan tidak berduit. Walaupun hidup miskin, tetapi mempunyai ketabahan dan iltizam untuk meneruskan persekolahan. Berkongsi pakaian dan kasut serta bersedia untuk dirontan oleh guru. Namun tidak pernah patah semangatnya, tidak putus asa untuk terus ke sekolah walaupun lambat sekalipun. Tetapi kerana kecekalan dan kesabaran itu akhirnya mendatangkan hikmah yang baik, iaitu mendapat pertolongan bentuk duit yang diderma oleh guru-guru sekolah.

Jika kamu watak dalam video tersebut, apakah kamu akan menunjukkan nilai yang sama? Mengapa?

-Jika watak saya sama seperti di dalam video tersebut, saya juga akan menunjukkan nilai yang sama. Walaupun kehidupan dihimpit kesusahan, saya tidak akan sekali menjadikan itu sebagai satu alasan untuk tidak meneruskan pelajaran dan saya juga tidak akan sesekali meminta-minta untuk kesenangan diri.

Mengapakah nilai cekal penting dalam kehidupan?

- Nilai cekal penting dalam kehidupan kerana jika tanpa kecekalan hidup, manusia tidak mampu menghadapi setiap kesulitan yang dialami. Dengan kecekalan itulah manusia mempunyai kesabaran menghadapi setiap situasi.

Berikan dua situasi yang memerlukan kamu bersifat cekal. Berikan penjelasan yang terang berkenaannya.

Situasi apabila saya perlu berpuasa di bulan Ramadhan, saya perlu menunggu dari waktu saya habis sahur sehingga kedengaran azan Maghrib di radio telefon bimbit saya. Tetapi ini adalah cabaran yang sukar banyak harus tempuhi, kerana saya sering ternampak makan-makanan yang sedap apabila melalu-lalang kedai-kedai disitu. Saya memberitahu diri saya untuk bersabar, tabah dan bercekal hati kerana ini adalah dugaan yang diberi oleh Tuhan agar kita merasai bagaimana orang yang susah mencari makanan. Situasi kedua adalah saya berjuang untuk memahami pelajaran Matematik saya, namun saya bercekal hati untuk memberi perhatian sepenuhnya apabila di kelas Matematik dan selalu bertanya kepada guru saya apabila keraguaan.