Nilai Kecekalan

Jelaskan bagaimana video tersebut mengajar kamu nilai kecekalan

Derek Redmond seorang pelari bagi 400 meter pecut telah jatuh kerana hamstringnya yang koyak.Walaupun sakit,dia tetap tidak putus asa dan sambung perlumbaan 400 meter pecut itu.

Jika kamu watak dalam video tersebut,adakah kamu akan menunjukkan nilai yang sama?Mengapa?

Ya,saya akan menunjukkan nilai yang sama kerana bila saya tidak putus asa,saya tidak boleh gagal.

Mengapakah nilai cekal penting dalam kehidupan?

Nilai cekal penting dalam hidup kerana ia adalah satu-satunya perkara yang akan membuat anda lebih dekat untuk mencapai matlamat anda.

Berikan dua situasi yang memerlukan kamu bersifat cekal.Berikan penjelasan yang terang berkenaannya.

Dua situasinya ialah apabila menghadapi kesukaran atau halangan seperti mengambil peperiksaan dan juga semasa pelajaran di dalam kelas.Ramai orang tidak mencapai matlamat mereka kerana mereka menyerahkan diri sebelum garisan penamat.