Jelaskan bagaimana video tersebut mengajar kamu nilai kecekalan.

Video ini menunjukkan seorang lelaki pendek yang sedang cuba sedaya upaya untuk menyentuh garis merah yang terletak lebih  dari ketinggiannya di dinding itu.Walaupun dia jatuh berkali-kali,dia berlatih bersungguh-sungguh dan akhirnya dia dapat apa yang dikecapinya iaitu menyentuh garis merah itu.

Jika kamu watak dalam video tersebut,apakah kamu akan menunjukkan nilai yang sama?Mengapa?

Jika saya watak di dalam video tersebut saya akan menunjukkan nilai kecekalan juga kerana jika saya mahukan apa yang saya impikan,saya harus tidak berputus asa untuk berusaha mendapat atau mengejarnya walaupun saya sudah gagal berkali-kali.

Mengapakah nilai cekal penting dalam kehidupan?

Nilai kecekalan penting dalam kehidupan untuk kita berjaya,tanpa kecekalan,kita akan berasa kecewa kerana tidak dapat apa yang kita mahukan dan nilai ini juga menolong kita untuk kuatkan semangat untuk cuba lagi dan lagi.

Berikan situasi yang memerlukan kamu bersifat cekal.Berikan penjelasan yang berkenaanya.

Apabila saya menengah dua,saya gagal ujian Physics,saya selalu berkata kepada diri saya yang saya sudah tidak ada harapan untuk subjek tersebut dan tidak mempedulikannya.Tetapi apabila saya lihat markah kawan-kawan saya,saya berasa cemburu dan sedih,pada masa itulah,saya mengambil inisiatif untuk bertanya kawan-kawan saya yang mahir dalam subjek itu dan berjumpa dengan guru untuk penjelasan atas keraguan saya.Saya menelaah pelajaran itu berkali-kali dan akhirnya lulus peperikasaan akhir tahun menengah dua.

Di akhir tahun 2013,saya mengambil bahagian di dalam satu pertandingan untuk aktiviti ko-kurikulum saya iaitu saya ditugaskan untuk mendirikan bendera dan membuat khemah dengan masa yang ditentukan.Apabila saya habis mendirikan bendera, saya selalu dimarahi guru kerana tidak kualiti yang saya berikan tidak begitu baik dan pada masa itu saya berputus asa dan bertindak untuk tarik diri dari pertandingan tersebut.Guru saya memujuk dan memberikan motivasi untuk saya.Dengan perlahan,semangat dibina dan saya dapat meningkatkan kualiti kerja saya dengan nilai kecekalan yang telah saya tunjukkan.