Nilai Kecekalan

Jelaskan bagaimana video tersebut mengajar kamu nilai kecekalan.

Video ini menunjukkan seorang lelaki yang sedang melombong gua yang penuh dengan berlian. Membaca dari raut muka lelaki itu, dia kelihatan letih melombong bijih demi bijih sehinggakan dia terjatuh kerana tidak terdaya lagi untuk meneruskan dengan niatnya. Walau bagaimanapun, kerana inginkan batu berlian, dia bangun dan menggali lebih mendalam. Tetapi, lelaki itu putus asa dan berjalan keluar dari gua itu. Pada akhir video, kita dapat melihat bijih-bijih berlian yang banyak sekali. Seandainya lelaki itu meneruskan hasrat beliau, dia sudah tentu dapat menemui bijih berlian itu.

Video ini menunjukkan bahawa jika kita berputus asa, nikmat yang patut kita perolehi akan hilang begitu sahaja.

Jika kamu watak dalam video tersebut, apakah kamu akan menunjukkan nilai yang sama? Mengapa?

Seandainya saya menjadi watak di dalam video tersebut, saya akan meneruskan dengan hasrat saya iaitu untuk mendapatkan bijih berlian. Saya tidak akan mengikut jejak langkah lelaki itu kerana dia telah berputus asa menyebabkan usahanya sia-sia sahaja. Saya telah melombong jauh ke dalam gua. Jika saya membatalkan niat saya, semua kerja keras saya selama ini seolah-olah telah membazir masa dan tenaga sahaja.

Mengapakah nilai cekal penting dalam kehidupan?

Nilai cekal harus kekal sebagai pendirian dalam kehidupan. Kehidupan penuh dengan pelbagai cabaran. Seandainya kita tidak ada nilai daya tahan dalam diri kita, sudah tentu  kita tidak dapat menempuhi cabaran-cabaran tersebut. Ini akan membuatkan kita selalu lari dari masalah. Contohnya, seorang ahli perniagaan menjadi muflis kerana gagal dalam perniagaannya. Jika dia hanya fikirkan tentang nasibnya yang malang dan tidak membuat sesuatu untuk syarikatnya, tidak ada apa-apa yang akan berubah.

Berikan dua situasi yang memerlukan kamu bersifat cekal. Berikan penjelasan yang terang berkenaannya.

Pertama, semasa perlumbaan lari, saya berasa amat letih sehinggakan tidak dapat meneruskan perlumbaan ini. Walau bagaimanapun, saya cekalkan hati dan berlari hingga ke garisan penamat. Ini menunjukkan bahawa walaupun saya berasa seolah-olah mustahil untuk menamatkan perlumbaan ini, saya tetap menyahut cabaran kerana saya memegang kepada nilai daya tahan.

Kedua, saya disuruh untuk mengangkat barang yang berat dari tingkat pertama ke tingkat teratas. Oleh kerana tidak kuat dan tidak ada sesiapa yang boleh diminta untuk membantu, saya harus berhenti beberapa kali sebelum kembali untuk mengangkat barang itu. Lambat laun, saya berjaya untuk menaiki tingkat yang teratas dengan barang yang berat itu.