Jelaskan bagaimana video tersebut mengajar kamu nilai kecekalan.

Jika kamu watak dalam video tersebut, apakah kamu akan menunjukkan nilai yang sama? Mengapa?

Video ini menunjukkan beberapa kanak-kanak yang kurang upaya belajar bermain sukan. Walaupun mereka kurang upaya, mereka tetap menunjukkan nilai kecekalan dengan belajar bermain sukan yang mereka berminat.

Jika saya watak dalam video ini, saya akan menunjukkan nilai yang sama kerana apabila saya menunjukkan nilai kecekalan, saya mungkin akan mencapai apa yang saya berminat seperti sukan.

Mengapakah nilai cekal penting dalam kehidupan?

Nilai cekal penting dalam kehidupan kerana tanpa nilai kecekalan, kami tidak akan mencapai sesuatu yang kami mahukan.

Berikan dua situasi yang memerlukan kamu bersifat cekal. Berikan penjelasan yang terang berkenaannya.

Situasi pertama yang memerlukan saya bersifat cekal adalah apabila saya gagal dalam ujian 'History'. Saya tidak bagus dalam subjek 'History'. Saya akan selalu gagal dalam ujian 'History' tetapi saya akan menunjukan nilai kecekalan dengan meminta tolong dengan rakan saya untuk mengajar subjek 'History'.

Situasi kedua yang memerlukan saya bersifat cekal adalah apabila saya sedang berlatih tarian untuk 'SG50'. Saya rasa sangat penat apabila berlatih untuk tarian 'SG50'. Saya tidak berputus asa. Saya mula mengumpul tenaga saya dan teruskan berlatih tarian 'SG50'.