Pakcik Ayie Satu Mukasurat

kisah sebuah cawan kosong di majlis keramaian

Sebuah cawan kosong di majlis keramaian..
Ketika kumpulan tamu dan jemputan ria menjamu selera. Ada seketul cawan gemuk hina dan malas telah di biarkan kosong tak bersentuh di hujung sebuah meja.

Cawan itu kelihatan sedih dan muram.

"Kau kenapa ni?" tanya si Tisu.
"A'ah..dari tadi lagi buat muka cawan..dah laa gemuk.." sambung si Pinggan.

Si Cawan diam.
Tak bersuara.

"Oii! Aku tanya ni...naper ko nampak muram? Tampar jugak karang budak cawan ni.." ugut si Tisu.


"Aku sedih. Takde sapa yang sudi gunakan aku malam ni." akhirnya si Cawan bersuara.

Si Tisu dan Si Pinggan terdiam.

"Naper korang diam ni pulak?" tanya si Cawan.

"Kita senasib..." jawab si Pinggan.
..."tapi kami bersyukur.." sambung si Tisu.

"Bersyukur?" si Cawan kehairanan.

"Ye lah..kami lebih rela kosong tak bersentuh daripada di palit hidangan haram dan kencing setan itu."jawab si Tisu.

Si Cawan tersenyum.